Honda Freed
Honda Freed

Honda Freed

Honda Freed ialah model MPV keluaran pengeluar kereta Jepun Honda sejak tahun 2008. Model ini merupakan pengganti kepada Honda Mobilio. Freed dibina berasaskan pelantar Honda Jazz. Model yang dijual di Malaysia merupakan versi tujuh tempat duduk yang diimport dari Indonesia. Freed digerakkan oleh enjin L15A yang sama dengan Honda City, tetapi ditala semula untuk menghasilkan kuasa kuda 118 PS dan kilasan 148 N-m, sedangkan Honda Jazz/City menghasilkan 120 PS dengan kilasan 145 N-m.Pada September 2009, adalah diumumkan bahawa versi hibrid bakal dikeluarkan pada tahun 2011 .